Saturday 24 December 2011

Program Read Together 2011

Pada 2 November 2011, pihak sekolah SMK Bukit Kepayang telah mengadakan program Read Together 2011 . Program ini dijalankan selama seminggu. Pelbagai aktiviti dan pertandingan telah diadakan sepanjang tempoh minggu tersebut. Program ini diadakan untuk memupuk sikap membaca dalam kalangan masyarakat hari ini.


Pada hari pembukaan program ini, pihak sekolah telah menjemput orang luar, iaitu sebuah band kumpulan Karektor yang diketuai oleh En. Arriff Fardillah.


Akhir-akhir ini juga, En. Arriff Fardillah telah memenangi tempat pertama dalam Pertandingan Peringkat Akhir Sayembara Mencipta Lagu Puisi ke-11.

Pada hari penutup Minggu PSS, seorang pelawat dari luar juga telah dijemput memberi ceramah berkaitan Adat Perpatih di Negeri Sembilan dan lain-lain yang berkaitan Bahasa Melayu. Belaiu ialah Prof. Madya Dato' Dr. Rosli b. Saludin iaitu Ketua Jabatan Bahasa dan Kesusasteraan Melayu Sastera Fakulti Bahasa di Universiti Pendidikan Sultan Idris.


No comments: