Monday 31 October 2011

Prasarana

Kemudahan Kurikulum

Perpustakaan 
Bilik Tayangan 
Makmal komputer
Pusat Akses
Bilik Lukisan Kejuteraan
Makmal Sains Teras
Makmal Sains Tulen
Bengkel Kemahiran Hidup
Bengkel MPV
Makmal Bahasa
Bilik Muzik
Bilik Seni
Bilik Pendidikan Khas
Bilik Masakan dan Jahitan

Kemudahan Ko-kurikulum

Padang 
Trek Olahraga
Tapak Perhimpunan
Bilik Sukan


Kemudahan-kemudahan Lain

Pejabat Pentadbiran
Bilik Kaunseling
Bilik SPBT
Bilik BBM
Bilik Kesihatan
Kantin 
Surau
Galeri Sejarah
Wakaf
Dewan
Koperasi

    Lagu Sekolah

    Kami putera puteri Bukit Kepayang
    Ayuh segera menuju jaya
    Berusaha gigih tanpa kecewa
    Sedia penuhkan ilmu di dada

    Saturday 22 October 2011

    Pengenalan Sekolah




    SMK Bukit Kepayang terletak di sebuah kawasan perumahan iaitu Garden Homes, Seremban 2 dalam kawasan Dewan Undangan Negeri Bukit Kepayang daerah Seremban, Negeri Sembilan. Berkeluasan 6.47 hektar, sekolah ini mula dibina pada awal 2002 dan siap pada 23 Oktober 2003.  Sekolah ini mula beroperasi pada 16 November 2003. 

    Pada peringkat awalnya, sekolah ini dipimpin oleh En. Awalluddin bin Abu Hassan selaku Penolong Kanan 1. Pada 16 Ogos 2004, pengetua pertama sekolah ini iaitu Tuan Haji Mat Rohani bin Kamar mula menerajui sekolah sehingga16 Januari 2008. Seterusnya sekarang sekolah ini dipimpin oleh Pengetua Cemerlang Puan Hajah Sadariah binti Md. Jali. 

    Bilangan guru ketika awal pembukaan sekolah hanyalah seramai 23 orang dan pelajarnya berjumlah 359 orang.  Tenaga staf sokongan pula seramai 4 orang dan 3 orang pembantu makmal membantu pelaksanaan awal sesi persekolahan 2004. Bilangan kelas ketika itu hanyalah sebanyak 11 buah kelas, iaitu 5 kelas tingkatan 1,  4 kelas tingkatan 2, dan 3 kelas tingkatan 4.  

    Kini, bilangan kelas telah bertambah menjadi 38 buah kelas iaitu 3 buah kelas Pendidikan Khas, 1 kelas Peralihan, 7 buah kelas tingkatan 1, 7 buah kelas tingkatan 2, 8 buah  kelas tingkatan 3,   6 buah kelas tingkatan 4 dan 6 kelas tingkatan 5 iaitu seiring dengan peningkatan pelajarnya yang telah bertambah kepada 1350 orang pelajar sehingga Julai 2011 dan bilangan guru juga bertambah seramai 83 orang.  

    Sekolah ini dikategorikan sebagai Sekolah Gred B kawasan bandar.


    sumber : Laman Sesawang Smk Bukit Kepayang

    Friday 21 October 2011

    IKRAR PELAJAR


    Bahawasanya kami pelajar
    Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Kepayang
    Akan menumpukan sepenuh tenaga
    Dan iltizam kepada pelajaran dan aktiviti
    Kokurikulum sekolah
    Berusaha untuk mencapai
    Kecemerlangan diri demi
    Masa depan agama, bangsa dan negara
    Sentiasa menghormati
    Ibu bapa, guru-guru, pemimpin-pemimpin
    Dan undang-undang Negara
    Sentiasa menjauhkan diri
    Daripada salah laku
    Dan seterusnya mensifarkannya
    Di rumah dan di sekolah dan seterusnya
    Kami akan berpegang teguh pada janji
    Dan ikrar kami ini demi masa depan kami
    Dan wawasan negara