Saturday 22 October 2011

Pengenalan Sekolah




SMK Bukit Kepayang terletak di sebuah kawasan perumahan iaitu Garden Homes, Seremban 2 dalam kawasan Dewan Undangan Negeri Bukit Kepayang daerah Seremban, Negeri Sembilan. Berkeluasan 6.47 hektar, sekolah ini mula dibina pada awal 2002 dan siap pada 23 Oktober 2003.  Sekolah ini mula beroperasi pada 16 November 2003. 

Pada peringkat awalnya, sekolah ini dipimpin oleh En. Awalluddin bin Abu Hassan selaku Penolong Kanan 1. Pada 16 Ogos 2004, pengetua pertama sekolah ini iaitu Tuan Haji Mat Rohani bin Kamar mula menerajui sekolah sehingga16 Januari 2008. Seterusnya sekarang sekolah ini dipimpin oleh Pengetua Cemerlang Puan Hajah Sadariah binti Md. Jali. 

Bilangan guru ketika awal pembukaan sekolah hanyalah seramai 23 orang dan pelajarnya berjumlah 359 orang.  Tenaga staf sokongan pula seramai 4 orang dan 3 orang pembantu makmal membantu pelaksanaan awal sesi persekolahan 2004. Bilangan kelas ketika itu hanyalah sebanyak 11 buah kelas, iaitu 5 kelas tingkatan 1,  4 kelas tingkatan 2, dan 3 kelas tingkatan 4.  

Kini, bilangan kelas telah bertambah menjadi 38 buah kelas iaitu 3 buah kelas Pendidikan Khas, 1 kelas Peralihan, 7 buah kelas tingkatan 1, 7 buah kelas tingkatan 2, 8 buah  kelas tingkatan 3,   6 buah kelas tingkatan 4 dan 6 kelas tingkatan 5 iaitu seiring dengan peningkatan pelajarnya yang telah bertambah kepada 1350 orang pelajar sehingga Julai 2011 dan bilangan guru juga bertambah seramai 83 orang.  

Sekolah ini dikategorikan sebagai Sekolah Gred B kawasan bandar.


sumber : Laman Sesawang Smk Bukit Kepayang