Saturday 24 December 2011

Program Read Together 2011

Pada 2 November 2011, pihak sekolah SMK Bukit Kepayang telah mengadakan program Read Together 2011 . Program ini dijalankan selama seminggu. Pelbagai aktiviti dan pertandingan telah diadakan sepanjang tempoh minggu tersebut. Program ini diadakan untuk memupuk sikap membaca dalam kalangan masyarakat hari ini.

Saturday 10 December 2011

Program Kem Kepimpinan Pengawas PSS .Rakan PSS ,Rakan Pembaca ,Briget Bestari 2011


Pada 18 & 19 Nov Pusat Sumber SMK Bukit Kepayang telah mengadakan Kem Kempimpinan yang mana melibatkan Pengawas PSS, Rakan PSS, Rakan pembaca & Briged Bestari serta beberapa orang guru GPM.
Kem ini telah diadakan di Hotel Seri Costa,Melaka yang terletak berdekatan dengan Menara Taming Sari & Mahkota Parade.

Para peserta telah bertolak dari SMK Bukit Kepayang tepat jam 12.10 tengah hari, selepas pemergian bekas GPK KOKO yang telah bersara, En. Eddy Chew Boon Huat.

Rombongan kem ini tiba di M.I.T.C Melaka pada pukul 1.40 untuk makan dan sembahyang Jumaat di masjid yang berdekatan iaitu Masjid Al-Alami. Selepas itu, bertolak ke Hotel Seri Costa and Resort. 

Tuesday 15 November 2011

GOODLUCK SPM Candidates


Assalamualaikum w.b.t dan selamat sejahtera.
Kami warga PSS SMK Bukit Kepayang ingin mengucapkan selamat berjaya kepada semua calon SPM 2011.
Semoga kalian dapat menjawab semua soalan peperiksaan dengan mudah lancar dan tepat.
Kami juga berdoa dan berharap agar kalian memperolehi keputusan yang membanggakan kedua ibu bapa,keluarga,rakan-rakan,pihak sekolah serta diri anda.
Selamat Maju Jaya !!


GRAB  For ALL Subject !!


Monday 31 October 2011

Prasarana

Kemudahan Kurikulum

Perpustakaan 
Bilik Tayangan 
Makmal komputer
Pusat Akses
Bilik Lukisan Kejuteraan
Makmal Sains Teras
Makmal Sains Tulen
Bengkel Kemahiran Hidup
Bengkel MPV
Makmal Bahasa
Bilik Muzik
Bilik Seni
Bilik Pendidikan Khas
Bilik Masakan dan Jahitan

Kemudahan Ko-kurikulum

Padang 
Trek Olahraga
Tapak Perhimpunan
Bilik Sukan


Kemudahan-kemudahan Lain

Pejabat Pentadbiran
Bilik Kaunseling
Bilik SPBT
Bilik BBM
Bilik Kesihatan
Kantin 
Surau
Galeri Sejarah
Wakaf
Dewan
Koperasi

    Lagu Sekolah

    Kami putera puteri Bukit Kepayang
    Ayuh segera menuju jaya
    Berusaha gigih tanpa kecewa
    Sedia penuhkan ilmu di dada

    Saturday 22 October 2011

    Pengenalan Sekolah




    SMK Bukit Kepayang terletak di sebuah kawasan perumahan iaitu Garden Homes, Seremban 2 dalam kawasan Dewan Undangan Negeri Bukit Kepayang daerah Seremban, Negeri Sembilan. Berkeluasan 6.47 hektar, sekolah ini mula dibina pada awal 2002 dan siap pada 23 Oktober 2003.  Sekolah ini mula beroperasi pada 16 November 2003. 

    Pada peringkat awalnya, sekolah ini dipimpin oleh En. Awalluddin bin Abu Hassan selaku Penolong Kanan 1. Pada 16 Ogos 2004, pengetua pertama sekolah ini iaitu Tuan Haji Mat Rohani bin Kamar mula menerajui sekolah sehingga16 Januari 2008. Seterusnya sekarang sekolah ini dipimpin oleh Pengetua Cemerlang Puan Hajah Sadariah binti Md. Jali. 

    Bilangan guru ketika awal pembukaan sekolah hanyalah seramai 23 orang dan pelajarnya berjumlah 359 orang.  Tenaga staf sokongan pula seramai 4 orang dan 3 orang pembantu makmal membantu pelaksanaan awal sesi persekolahan 2004. Bilangan kelas ketika itu hanyalah sebanyak 11 buah kelas, iaitu 5 kelas tingkatan 1,  4 kelas tingkatan 2, dan 3 kelas tingkatan 4.  

    Kini, bilangan kelas telah bertambah menjadi 38 buah kelas iaitu 3 buah kelas Pendidikan Khas, 1 kelas Peralihan, 7 buah kelas tingkatan 1, 7 buah kelas tingkatan 2, 8 buah  kelas tingkatan 3,   6 buah kelas tingkatan 4 dan 6 kelas tingkatan 5 iaitu seiring dengan peningkatan pelajarnya yang telah bertambah kepada 1350 orang pelajar sehingga Julai 2011 dan bilangan guru juga bertambah seramai 83 orang.  

    Sekolah ini dikategorikan sebagai Sekolah Gred B kawasan bandar.


    sumber : Laman Sesawang Smk Bukit Kepayang

    Friday 21 October 2011

    IKRAR PELAJAR


    Bahawasanya kami pelajar
    Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Kepayang
    Akan menumpukan sepenuh tenaga
    Dan iltizam kepada pelajaran dan aktiviti
    Kokurikulum sekolah
    Berusaha untuk mencapai
    Kecemerlangan diri demi
    Masa depan agama, bangsa dan negara
    Sentiasa menghormati
    Ibu bapa, guru-guru, pemimpin-pemimpin
    Dan undang-undang Negara
    Sentiasa menjauhkan diri
    Daripada salah laku
    Dan seterusnya mensifarkannya
    Di rumah dan di sekolah dan seterusnya
    Kami akan berpegang teguh pada janji
    Dan ikrar kami ini demi masa depan kami
    Dan wawasan negara

    Wednesday 24 August 2011

    PENGAWAS PUSAT SUMBER 2011

    Tahun ni sikit je pengawas PSS . Pengawas sekolah lagi ramai dari kitaorang . Majoritinya , pengawas Pusat Sumber lebih ramai Melayu >.<
    Nabila Husna - 5C . Ini pengerusi pusat sumber yang comel =)

    JAWATANKUASA PENGAWAS PUSAT SUMBER 2012

    PENGERUSI :
    Norfaziera

    NAIB PENGERUSI :
    Tuan Nur Farhanna 

    SETIAUSAHA :
    Fatin Fatini

    JAWATANKUASA KERJA PUSAT SUMBER

    PENGERUSI :
    HAJAH SADARIAH HAJI MAD JALI
    Pengetua SMK Bukit Kepayang

    NAIB PENGERUSI :
    DATIN MAIMON BT MAAROF
    Pen. Kanan 1 SMK Bukit Kepayang

    PENYELARAS PUSAT SUMBER :
    PN NORSHAMSILA BT SALUDIN
    Guru Perpustakaan dan Media SMK Bukit Kepayang

    Monday 15 August 2011

    Penggreddan Pusat Sumber

    Pada bulan Ramadhan tahun ni , penarafan Pusat Sumber Sekolah telah pun dilakukan . Penarafan ini bagi menaikkan lagi taraf PSS agar mendapat tempat yang lebih tinggi. Ingin dimaklumkan juga bahawa pada tahun 2010 PSS SMK Bukit Kepayang telah mendapat tempat ketiga dalam PSS Cemerlang. Pengetua inginkan agar PSS ini kekalkan kedudukan atau lebih elok sekiranya menjadi johan/naib johan. Terima kasih diucapkan kepada semua individu yang terlibat bagi mentransformasikan PSS ini terutamanya kepada Pn. Norshamsila selaku GPM kerana beliau PSS SMK Bukit Kepayang mencapai kejayaan sejauh ini dan tanpa beliau mungkin PSS ini tidak akan maju. Terima kasih sekali lagi diucapkan

    Tuesday 2 August 2011

    Jawatankuasa Induk PSS SMK Bukit Kepayang 2011

    PENASIHAT :
    PUAN HAJAH SADARIAH HAJI MAD JALI
    Pengetua SMK Bukit Kepayang