Saturday 10 December 2011

Program Kem Kepimpinan Pengawas PSS .Rakan PSS ,Rakan Pembaca ,Briget Bestari 2011


Pada 18 & 19 Nov Pusat Sumber SMK Bukit Kepayang telah mengadakan Kem Kempimpinan yang mana melibatkan Pengawas PSS, Rakan PSS, Rakan pembaca & Briged Bestari serta beberapa orang guru GPM.
Kem ini telah diadakan di Hotel Seri Costa,Melaka yang terletak berdekatan dengan Menara Taming Sari & Mahkota Parade.

Para peserta telah bertolak dari SMK Bukit Kepayang tepat jam 12.10 tengah hari, selepas pemergian bekas GPK KOKO yang telah bersara, En. Eddy Chew Boon Huat.

Rombongan kem ini tiba di M.I.T.C Melaka pada pukul 1.40 untuk makan dan sembahyang Jumaat di masjid yang berdekatan iaitu Masjid Al-Alami. Selepas itu, bertolak ke Hotel Seri Costa and Resort.