Saturday 10 December 2011

Program Kem Kepimpinan Pengawas PSS .Rakan PSS ,Rakan Pembaca ,Briget Bestari 2011


Pada 18 & 19 Nov Pusat Sumber SMK Bukit Kepayang telah mengadakan Kem Kempimpinan yang mana melibatkan Pengawas PSS, Rakan PSS, Rakan pembaca & Briged Bestari serta beberapa orang guru GPM.
Kem ini telah diadakan di Hotel Seri Costa,Melaka yang terletak berdekatan dengan Menara Taming Sari & Mahkota Parade.

Para peserta telah bertolak dari SMK Bukit Kepayang tepat jam 12.10 tengah hari, selepas pemergian bekas GPK KOKO yang telah bersara, En. Eddy Chew Boon Huat.

Rombongan kem ini tiba di M.I.T.C Melaka pada pukul 1.40 untuk makan dan sembahyang Jumaat di masjid yang berdekatan iaitu Masjid Al-Alami. Selepas itu, bertolak ke Hotel Seri Costa and Resort. 
Selepas mendaftar masuk ke dalam bilik, para peserta bersiap untuk slot ceramah yang pertama.

Ceramah ini diadakan di dewan Parameswara yang berada di bersebelahan bangunan hotel penginapan. 




Ceramah dimulakan dengan ucapan alu- aluan oleh Pn. Siti Aishah dan bacaan doa saudara Amir Hafiz. diikuti dengan ucapan penceramah kehormat iaitu Prof. Madya Dato' Paduka Dr. Rosli bin Saludin. Selepas itu ceramah dimulakan dengan pelbagai aktiviti-aktiviti yang menarik dan penuh dengan pengajaran.



























Slot ceramah yang pertama ditamatkan untuk hari itu oleh Pn. Norhazlin Yahya selaku AJK program. 


Para peserta berkemas dan menunggu perasmian Program Kem Kepimpinan ini oleh Puan Pengetua Puan Hjh. Sadariah Hj. Md Jali, Pengetua Cemerlang SMK Bukit Kepayang.


Selepas habis ceramah slot pertama, para peserta dan guru-guru yang terlibat menjamu selera dan naik ke bilik hotel masing-masing untuk sembahyang (bagi yang Islam) dan membersihkan diri untuk aktiviti pada waktu malam.




Pada waktu malam, para peserta di bawa berpusing sekitar bandar raya Melaka. Kemudian, dibawa ke River Cruise Melaka untuk menikmati pemandangan.







No comments: