Tuesday 13 November 2012

Perasmian Majlis Penutup Minggu PSS

PERASMIAN MAJLIS PENUTUP MINGGU PSS SMK BUKIT KEPAYANG 2012


PSS SMK Bukit Kepayang seperti biasa akan mengadakan minggu PSS setiap tahun cuma tahun ini agak berbeza daripada tahun-tahun yang sebelumnya. PSS SMK Bukit Kepayang telah bekerjasama dengan BTPN Negeri Sembilan @ PKG Mambau dan dengan bantuan guru-guru SMK Bukit Kepayang.

Pelbagai pertandingan yang diadakan oleh pihak PSS ialah ulat buku, teka muka surat buku, serta banyak lagi. Tetapi satu-satunya pertandingan yang amat menarik minat pelajar antara semua pertandingan yang dianjurkan ialah 'Program Jejak Bestari'. Pertandingan 'Program Jejak Bestari' ini juga merupakan pengakhiran pertandingan . Apa yang diperolehi daripada 'Program Jejak Bestari' ini ialah 

  • Bekerjasama dalam satu pasukan
  • Melantik ketua yang betul-betul layak dan bukannya mengikut faktor umur semata-mata
  • Membantu ahli pasukan yang mengalami kesulitan
  • Ketua haruslah bertanggungjawab terhadap ahli-ahli pasukan
  • Bertolak ansur sesama sendiri
  • Berfikir dengan cara yang kreatif
  • dan banyak lagi.
Bagi menutupkan minggu PSS ini, Tuan Abdullah bin Yussuf, Ketua Penolong Pengarah , Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri, Negeri Sembilan telah dijemput untuk merasmikannya.

Pihak sekolah amat berterima kasih atas kesudian Tuan KPP untuk hadir ke majlis ini. Belia juga sempat melawat ke PSS SMK Bukit Kepayang 



Tuan KPP menyampaikan hadiah kepada pemenang Program Jejak Bestari.
Kunjungan Tuan KPP ke Pusat Sumber Sekolah SMK Bukit Kepayang.
Bergambar bersama Tuan KPP, Pengetua, para pegawai BTPNNS, PKG Mambau, PKG Ampangan, guru-guru SMKBK dan para peserta Jejak Bestari.
Acara kemuncak pada hari tersebut adalah Program Jejak Bestari Bersama Komuniti Sekolah yang melibatkan 56 orang pelajar dan 20 orang guru dan juga staff SMKBK. Para hakim terdiri daripada pegawai dari BTPNNS, PKG Mambau dan PKG Ampangan. Ucapan terima kasih kepada semua yang sama-sama menjayakan program ini.
Pelajar menyiapkan tugasan dalam kumpulan di Makmal Komputer sekolah
Menghasilkan bahan dari keratan akhbar dan majalah.
Menonton Kampus Astro sebelum ke segmen seterusnya.




No comments: